Friday, January 29, 2010

Kecemasan......

Hello fellow friends.. Sambungan dari posting yang lepas, semasa dalam ambulans bukan main lagi.. Nak tido ada.. Nak menjerit ada.. tapi lebih kepada nak pejam mata la.. Tapi anggota Jabatan Pertahanan Awam terbabit cakap kat aku.. "Jangan pejam mata bang.. Kalu pejam mata tu takut abang tertido dan "hilang terus"... die pun sembang2 ngan aku supaya tak tido... Tanya la.. Nak pegi mana ni sebenarnye.. Bla3..(aku xbp ingat sbb macam2 perasaan ada time tu).. Lepas tu diorg kata.. "kita hanta abang pegi Hospital Selayang ok".. Lepas tu baru tanya.. Umo abang berapa? Aku jawab 22... Laaaaaaa.. Muda dr aku....(adakah aku nampak tua?) 1st time masuk dalam ambulans tu.. hehe... Lepas tu sampai la dekat Hospital Selayang.. Masuk kecemasan... bila masuk kecemasan tu... Wah... Gile cemas..(nama pun kecemasankan?).. doc datang.. Tanya.. Ada sakit kat mana2 selain kaki? Aku pun tak berapa nak sedar sangat kan.. dengar pun sayup2 je.. Yang aku dengar.. Dik.. Kite gunting baju dan seluar ni ye.. Aku pun.. gunting je kak...(serious.. Kalu anda dalam kesakitan, anda tak kan ada rasa sikit malu pun untuk cover2 ke ape ke kan) sebab kita hanya nak cepat hilangkan rasa sakit tu.. So diorg pun gunting2.. Pakaikan aku baju pembedahan siap2..
lepas tu hanta ke bilik x-ray.. Syukur xde yang patah.. Lepas tu buat ultrasound dekat perot, takut2 perot ada kecederaan dekat usus ke kan..(merasa la buat ultra sound walaupun xmengandung kn)hehe.. Alhamdullilah tak ada usus yang rosak..hehehe.. Lepas tu part paling aku benci dalam kecemasan tu.. Tp benda ni perlu la.. Memasukkan tiup kencing.. OMG!!!!!! Serious xok.. Hahaha... Sakit+ngilu...(untuk pengatahuan umum je la) hehehe...,


lepas tu diorg cuci luka terseret dekat badan aku. peha kiri sebelah belakang, belakang badan semua penuh luka dan kesan terseret.. Dah cuci2 diorg pun balut.. Lepas tu diorg tanya, number telifon family ada? Dengan kurang sedar nya aku bg number bapak aku... Diorg call bpk aku mcm ni(bpk aku la bg tau diorg ckp mcm ni, sbbnye aku xtau pun ape diorg cakap, sbb diorg tak call sebelah aku pun) "hello, En Johar ke? Anak En accident.. Bpk aku pun tanye.. Teruk ke die???????? Nurse tu jwb.. En datang la tengok sendiri.."(cuak gila ah bapak aku) heehe.. bunyi mcm dah takde harapan je kn.. Hehe. Lepas tu.. dahi aku yang koyak tu diorg panggil doc untuk jahit.. Tapi doc biasa tak berani.. Sangat hampir dengan mata.. Panggil la pakar mata.. Tp.. Xsampai2..sbb ada kes lain..lama skit die datang dan test mata aku adakah dahi aku yg koyak tu menyebabkan aku buta atau rabun.. Syukur.. tak ada apa-apa.. Doc pakar mata tu pun jahit halus2.. Kecik2 sebab part yang koyak tu lembutkan.. Lepas dh settle.. Keadaan kelam kabut tu aku xberapa sedar sebab aku tertido.
Sedar2.. Makbapak aku dah sampai.. 1 family aku ada time tu.. memang semua sedih la tengok aku time tu.. Xpernah accident teruk macam tu kan. Beg aku tu masih ada tepi aku sebabnya barang2 berharga seperti handphone dan beg duit aku.. Tak henti2 hp aku berbunyi.. Panggilan dari office sebab aku xsampai2 office kan.. Tapi memang xmampu nak angkat phone tu.. Lepas tu aku mintak abang aku yang 2nd untuk pegang semua barang2 berharga terbabit.. Dan call kwn uni cakap malam ni memang Dapat dtg study group dan mintak call kan bos aku.. Cakap aku accident.. so xboleh datang kerja.. Aku tak dibenarkan makan atau minum walaupun teramatlah dahaganya.. Sebab nak buat pembedahan jadi kena puasa sekurang-kurangnya 6jam, ini kerana takut semasa buat pembedahan air or makanan boleh pergi ke paru-paru dan menyebabkan sesak nafas.. Aku Duduk dalam kecemasan tu dari pukul 10 pagi macam tu, sampai pukul 5 petang mcm tu baru aku di hanta ke wad 4c lepas dah agak stabil walaupun belum buat pembedahan untuk membetulkan isi peha yang koyak tu... Pukul 7.30 malam.. Aku diberi cap pembedahan(cap tu mcm shower cap tau). Hehe.. Pakai... Aku pun ttdo blk..(mmg mengantuk je time tu sebabnya diorg bg injection tahan sakit yg agak kuat, jd mudah tertido)..Diorg tolak aku ke bilik bedah.. Masa tu hati ni ada 2 perasaan.. Takut sebab 1st time nak buat pembedahan.. Dan yang kedua.. Seronok sebab lepas diorg jahit semula.. Akan ok dan tinggal recover kesan jahit je.. masuk la bilik pembedahan.. Dan nampak la lampu yang sangat besar macam kat stadium.. takut ah.. Serious. Hehe.. Lepas tu diorg nak buat pembedahan pakar bius nak bagi bius dekat tulang belakang je sebab part nak bedah tu kt peha je. Jadi xperlu bius penuh(yg menyebabkan pengsan terus tu) bile aku duduk untuk diorg inject dekat tulang belakang aku.. Tapi disebabkan peluh kesan terseret.. Diorg pun bagi bius penuh!!(sebab takut ade jangkitan kalu bagi kat tulang belakang tu) Yeppy aku suka...., pengsan terus.. Dan xde memory la dalam bilik bedah tu.. doc pun letak macam ala2 untuk oksigen tu kt hidung.. doc tu ckp.. Tarik napas.. Tarik napas.. Lepas tu aku dah xsedar..(diorg pun buat la operation dekat aku) Lepas 2 jam macam tu..
Aku baru sedar.. Dan lepas sedar.. ada doc duduk sebelah aku.. Aku tanya.. "Dah jahit balik ke peha saya tu?" Doc jawab.. "Kita dah buang bahagian yang koyak tu sebab isi tu dah rosak jadi xboleh sambung dah.. Jadi lepas ni akan ada opration lagi untuk tampal kulit." APA!!!.. Agak terkejut.. Sebab lain dari apa yang aku harapkan.. Lepas dengar macam tu.. Aku terus tido semula.. Dah xnak pikir lagi apa2...
*pic sebelah ni adalah peha aku yang telah dibuang part yang rosak terbabit.




Bersambung.... (next posting akan ada cerita pasal student-student nursing+doctor2 jelita)
ehhehe...
(sape yang tak boleh tengok luka-luka ni maaf la)

Wednesday, January 27, 2010

2010 kembali..

Hello fellow friends, setelah 2 bulan lebih posting didalam blog ini dihentikan, sekarang blog ini akan membuat posting semula.. Kepada pembaca-pembaca yang sentiasa ke blog ini walaupun tiada posting terbaru, thankQ... Tanggal 10/11/09 sesuatu yang amat dashat telah berlaku didalam diri seseorang iaitu aku... Hehe... Semua bermula seperti biasa.. Pagi yang indah, aku pergi buat morning walk seperti biasa di taman kesayangan(aci2 kt taman sure cari aku, dimanala adik yang suka ckp "morning" dekat mereka, yg telah lama xmengunjungi taman bersama terbabit) hehe... Ok sambung semula.. lepas buat morning walk..
Balik rumah, mandi ape sume.. Siap2 untuk pergi mencari nafkah(mcm dah ada anak bini je ayat kn.. Ahahha..) lepas tu.. Pukul 8.45 pagi macam tu, aku pun start la scooter yang banyak berjasa sambil aku berjasa jugak dengan die(nape aku kate mcm tu? Tiap bulan ade je benda yang rosak nk kena repair) hehe.. Sambil menggalas beg aku yg dalamnye berisi banyak barang serta buku (nape buku? Sebabnya hari sabtu 14/10/09 tu aku ada midterm exam, so malam tu sepatutnya aku ada study group dgn kawan2 uni, n aku nk study skit kt office) aku ikot jalan highway nkve+ duke.. Tetapi!!!
Aku touch duke highway lebih kurang pukul 9 pg mcm tu. Dan lepas tu aku sedar2 aku berada diatas jalan raya..(sedar dari pengsan).. Dengan kon2 warna orange berada disekeliling aku..(pekerja-pekerja duke highway yang letak) Dan kereta dilihat melalui tepi-tepi aku dengan kadar yang sangat slow untuk memerhatikan aku.. Aku terbaring jalan raya.. Beg yang penuh buku, yang digalas semasa aku bawak scooter tu dah menjadi alas kepala aku.. Cahaya matahari menyinari sangat terik.. Aku angkat kepala aku dan aku lihat.. peha kanan ku telah koyak besar.. Tetapi masih tidak terpisah dari peha aku.. Tapi dah tekelepek(skit je kulit yg membuatkan isi peha tu xtercerai dari peha aku) aku gunakan tangan kanan tarik semula isi yang terkoyak tu supaya kebentuk asal.. Dan pada masa tu.. kepala aku dilinanggi darah yang banyak.. sehingga mampu menukar beg berwarna biru yang jadi alas kepala aku ke warna merah.. Masa tu tangan kiri dah pegang dahi yang menjadi punca keluarnya darah terbabit.. Sambil baring dan terkejut serta kesakitan tu.. Ayat yang pertama keluar dari mulut aku secara lantangnya.. "Ya Allah..... Kenapa hari ni aku Ya Allah.... Kenapa hari ni aku yg ada atas jalan raya ni........"(sebab selalunya tengok orang lain berada diatas jalan raya tp hari ni aku!!!).. pekerja-pekerja duke highway tu dah cakap.. "Mengucap bang... Mengucap...." Sekuat hati aku mengucap... dalam kepala aku hanya berfikir pasal study group malam ni dan borang ptptn yg perlu disubmit b4 hari isnin dpn.. Sbb 2 benda ni yang aku telah set dalam kepala yang perlu disettle kan pada hari itu.. Xlama lepas tu ambulans dari Jabatan Pertahanan Awan sampai dan mereka telah balut kepala dan peha aku yg terkoyak tu.. Dan bawak aku terus ke hospital Selayang..
bersambung........

(bawah ni de pic scooter yang banyak berjasa, dari bekerja di Kota Kemuning, Shah Alam and perkhidmatan terakhirnya di Ampang...)

in memory..

R.I.P

17/7/07-10/11/09