Hello fellow friends, setelah 2 bulan lebih posting didalam blog ini dihentikan, sekarang blog ini akan membuat posting semula.. Kepada pembaca-pembaca yang sentiasa ke blog ini walaupun tiada posting terbaru, thankQ... Tanggal 10/11/09 sesuatu yang amat dashat telah berlaku didalam diri seseorang iaitu aku... Hehe... Semua bermula seperti biasa.. Pagi yang indah, aku pergi buat morning walk seperti biasa di taman kesayangan(aci2 kt taman sure cari aku, dimanala adik yang suka ckp "morning" dekat mereka, yg telah lama xmengunjungi taman bersama terbabit) hehe... Ok sambung semula.. lepas buat morning walk.. Balik rumah, mandi ape sume.. Siap2 untuk pergi mencari nafkah(mcm dah ada anak bini je ayat kn.. Ahahha..) lepas tu.. Pukul 8.45 pagi macam tu, aku pun start la scooter yang banyak berjasa sambil aku berjasa jugak dengan die(nape aku kate mcm tu? Tiap bulan ade je benda yang rosak nk kena repair) hehe.. Sambil menggalas beg aku yg dalamnye berisi banyak barang serta buku (nape buku? Sebabnya hari sabtu 14/10/09 tu aku ada midterm exam, so malam tu sepatutnya aku ada study group dgn kawan2 uni, n aku nk study skit kt office) aku ikot jalan highway nkve+ duke.. Tetapi!!! Aku touch duke highway lebih kurang pukul 9 pg mcm tu. Dan lepas tu aku sedar2 aku berada diatas jalan raya..(sedar dari pengsan).. Dengan kon2 warna orange berada disekeliling aku..(pekerja-pekerja duke highway yang letak) Dan kereta dilihat melalui tepi-tepi aku dengan kadar yang sangat slow untuk memerhatikan aku.. Aku terbaring jalan raya.. Beg yang penuh buku, yang digalas semasa aku bawak scooter tu dah menjadi alas kepala aku.. Cahaya matahari menyinari sangat terik.. Aku angkat kepala aku dan aku lihat.. peha kanan ku telah koyak besar.. Tetapi masih tidak terpisah dari peha aku.. Tapi dah tekelepek(skit je kulit yg membuatkan isi peha tu xtercerai dari peha aku) aku gunakan tangan kanan tarik semula isi yang terkoyak tu supaya kebentuk asal.. Dan pada masa tu.. kepala aku dilinanggi darah yang banyak.. sehingga mampu menukar beg berwarna biru yang jadi alas kepala aku ke warna merah.. Masa tu tangan kiri dah pegang dahi yang menjadi punca keluarnya darah terbabit.. Sambil baring dan terkejut serta kesakitan tu.. Ayat yang pertama keluar dari mulut aku secara lantangnya.. "Ya Allah..... Kenapa hari ni aku Ya Allah.... Kenapa hari ni aku yg ada atas jalan raya ni........"(sebab selalunya tengok orang lain berada diatas jalan raya tp hari ni aku!!!).. pekerja-pekerja duke highway tu dah cakap.. "Mengucap bang... Mengucap...." Sekuat hati aku mengucap... dalam kepala aku hanya berfikir pasal study group malam ni dan borang ptptn yg perlu disubmit b4 hari isnin dpn.. Sbb 2 benda ni yang aku telah set dalam kepala yang perlu disettle kan pada hari itu.. Xlama lepas tu ambulans dari Jabatan Pertahanan Awan sampai dan mereka telah balut kepala dan peha aku yg terkoyak tu.. Dan bawak aku terus ke hospital Selayang.. bersambung........
(bawah ni de pic scooter yang banyak berjasa, dari bekerja di Kota Kemuning, Shah Alam and perkhidmatan terakhirnya di Ampang...)
in memory..(bawah ni de pic scooter yang banyak berjasa, dari bekerja di Kota Kemuning, Shah Alam and perkhidmatan terakhirnya di Ampang...)
3 comments:
aduh,bersambung la pulak... mcm cerita nur kasih nie.. ternanti-nanti apakah sambungannya.. hehehe...
waa..cepat la phat..xsabo nk tau episod seterusnyee..haha
oh..begini ceritenye..bole x aaku nk buat skrip utk filem terbaru??hehe..gurau je..neway semoge cepat sembuh walaupn ko dh sembuh pn..means 100% recovery..mantain jambu ok..
Post a Comment