Thursday, October 29, 2009

Menyambut kelahiran-kelahiran 3 series..

ayam ni nampak macam segak



dari kiri. Abg Zakuan,Abg Din,Mr Fad,Kak ina,kak nani


makan dari tepi




makanan dari depan, mild utk saya..
hellow fellow friends, smalam adelah hari jadi salah seorang staff.. yang baru sahaja mencapai angka 3 series. ehhe.. so dalam offies semua dh mencapai angka 3series kecuali saya.. ahhaah.. paling muda(ehem2)... so pg makan2 dekat nando's... and sy oder air coke light sebab air boleh ulang2 tambah..(untung n berbaloi) hehehe.. lepas tu time nak balik hujan sangat lebat.. jadi kiteorg semua masuk office pukul 3 ptg.. restoran terbabit xjauh dari office so jalan kaki je time pg.. time balik pulak.. pun jalan kaki tapi kena la cari tempat berteduh sebelum hujan reda.. anyway selamat hari jadi kak nani.. =)



Monday, October 26, 2009

Cruve with aisy.

mommy and daddy Aisy. (-_-)

uncle beba(-.-)


makanan yang lazat(=_=)


hello fellow friends, hari sabtu malam adalah hari bersama anak buah.. yeppy.. hehehe.. so pergi ke the curve untuk beli ala2 carpet untuk si aisy ni yang suka sangat telentang dan akan meniarap. Jadi pergi lah the curve... jalan2.. usha2.. xde yang berkenan dihati aisy.. berkenan kt hati daddy die ade lah.. tp misi kali ni untuk si aisy.. so si Bapak jangan masuk campur eh. ehehe.. dah puas jalan2.. dah pukul 10.10 minit malam tapi kiteorg xkuar lagi dari ikano.. time tu memang mode kearah makanan sebab laparkan.. so jumpa la kedai ikan..(bukan makanan ikan ye) manhattan fish market... mula2 nak order 1 dulang jek(dah panggil dulang dah sebab banyak dalam 1 pinggan tu rupanya), lepas mendapat nasihat seorang pekerja tu.. die ckp.. this one.. emm for two person only.. not enogh for 4.. kiteorg tanye sebab dalam manu tulis if for 2-3 person.. so order ah dua dulang.. mak ai.. sebenarnya 1 dulang boleh makan 4 orang. tp terima kasih la pekerja kedai terbabit.. sbb kiteorg makan sotong,ikan,nasi gerlic,udang,cendawan sampai muak. hahahahah...(mungkin jgk sebab dah malam tu la pasal rasa macam muak.. kalu siang ok kot???)
hahahaha..

anyway.. thanks to muzal n kak ateen sbb bawak jalan2 serta belanja makan.. hehehe..
=)



Monday, October 19, 2009

Selamat PEngantin Baru Fadzeli&Dina




yeahhhhhhhhhh.. tahniah kepada rakan seperjuangan semasa di trunet... dan menderikan rumah tangga ok.. dan nama beliau sama ejaan ngan aku! hahha.. any way tahniah bro.. segak mengenakan baju pengantin color merah.. ni semua gara2 fan MAN U yang sejati. hahaha...


puisi untuk kamu..

Perempuan datang atas nama cinta
Bunda pergi karena cinta
Digenangi air racun jingga adalah wajahmu
Seperti bulan lelap tidur di hatimu
yang berdinding kelam dan kedinginan
Ada apa dengannya
Meninggalkan hati untuk dicaci
Lalu sekali ini aku melihat karya surga
dari mata seorang hawa
Ada apa dengan cinta
Tapi aku pasti akan kembali
dalam satu purnama
untuk mempertanyakan kembali cintanya..
Bukan untuknya, bukan untuk siapa
Tapi untukku
Karena aku ingin kamu
Itu saja.

*dan jangan lah kau letak kan kata putus terhadap diriku, kerana masa depan belum dapat kita tentukan.

open house.





hello fellow friends.. last jumaat cik nurul telah buat open house dan berbesar hati menjemput kami kerumah beliau yg indah.. so lebih kurang pukoi 9 mlm semua kwn2 (dlm 7 org mcm tu)
telah hadir.. thankQ cik nurul sebab sudi Menjemput kawan2.. thanks again.
=)

Monday, October 12, 2009

REALIZE


hello fellow friends, pernah tak anda dengar kata-kata begini?? kalau kau sayang "die", ko lepaskan die supaya die lebih bahagia.. oh yes... kata-kata ni selalu digunakan kalu ko berada dalam situasi yang mana die atau kamu dah tak mampu untuk terima masing-masing.. dalam keadaan macam ni adalah lebih elok kalau korang lepas kan dia.. dan jangan paksa-paksa supaya die terima kamu.. paksaan tak kan membahagiakan dan tidak menyeronokan... ia akan timbul rasa tidak senang apabila kamu hadir, walaupun hadir didalam sms,YM mahu pun call.. apatah lagi apabila berjumpa depan2... walaupun niat kamu baik untuk bersama(kahwin mungkin).. tapi apabila dah tak sehaluan.. tak ada benda dapat mengubah fakta tersebut.. walaupun bila kamu lepaskan kamu akan sakit sangat2..(dalam sgt sakit ok,luaran semua mampu menipu).. tapi itu yang terbaik untuk die.. walapun kamu lepaskan dengan kerelaan.. atau terpaksa.. kejadian tersebut tetap terjadi.. the end..

*entry ni ditulis apabila terlampau banyak berfikir..I try too put my self in mode 5.5 ('_") ("_')

Tuesday, October 6, 2009

tunggang terbalik.

BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI

tajuk kita kawan2 adalah seperti diatas.. sebelum anda buat sesuatu anda perlu berfikir mengenai ungkapan yg telah lama di cipta itu, dalam apa jua keadaan.. sila selit kan ungkapan itu dalam diri anda. contohnya...apabila pulang dr tempat kerja anda terserempak dengan penunggang moto yg jatuh. Tapi die sedang lepak ditepi moto tanda sebarang kecederaan, bila anda lalu dan beliau tahan kenderaan anda dan berkata... bro tolong bro.. angkat skali moto ni.. moto jatuh dalam longkang la. Dengan NIAT nak MENOLONG, anda pun turun moto. dan pergi dekat dengan beliau. tau2 leher anda diacu dengan PISAU dan meminta anda serahankan segala barang berharga..walaupun NIAT anda nk MENOLONG tp orang lain telah ambil kesempatan terhadap diri anda! jadi itu la guna nya, fikir la dulu sebelum ambil tindakan.

*tak tolong salah, tolong pun BOLEH jadi salah..

ok la sama2 kita ambil iktibar ok.. yang penting berhati2.
(cerita diatas adalah rekaan semata2)

Monday, October 5, 2009

1st raya but still posting yg belated

kami yang sangat poyo apabile jumpa cermin




meet Ryan.. cute kan berusia 8 bulan?


wajahnye bulat,+matanye bulat+bulu matanye yg lentik.. sangat comel.

tapi ryan tido xcoverline punya buat xtau terdampar dimana2. ehhe

poyo skali lagi. muahahha..
ok, hello fellow friends, pic2 diatas adelah picture2 dihari raya pertama.. owh yes.. seronok bergambar didepan cermin seperti orang jarang jumpa cermin dan kami sangat enegretic(salah ejaan mungkin).. heheh.. anyway selamat hari raya kawan2.. maaf zahir batin ye.




posting raya yang belated.

One happy family tp kurang seorang kerana tugas pada negara
hello fellow friends. setelah sekian lama ashik dok makan lemang dan ketupat baru la saya mempunyai kelapangan untuk update blog ini. hehe.. tajuk kita kali ni ialah.. raya!!! semua suke raya kan?? tapi ada seorang kawan saya xsuka raya!! ish2.. hehehe.. kt bawah ni skit2 picture semasa 2nd raya yang mana kiteorg lambat sehari bermaaf2an pada hari raya tahun ini.. hehehe..
selamat hari raya babah. ;-)



selamat hari raya mama, meh syg skit. ehehe




ni aksi konon2 tok arab yale-yale ber jumpa.. tp spontan ok. (bukan aku nk makan die ye) hehe.


dpt jgk duit raya dr kakak ipar. muahha


dera adik sebelum die mintak maaf contohnye dengan meletakan kn kaki atas peha beliau.

adik ni kene lama skit sbb bnyk buat salah contohnye xnak tolong tutupkan lampu. haha..


and last penyerahan duit raya kepada anak buah dari bapak buah/uncle beba. hahaha..
raya tahun ni di sambut sederhana.. makan pun secara sederhana jugak. eheheh.. ok chow.

Wednesday, September 16, 2009

A.K.U M.A.U

Kau boleh acuhkan diriku
Dan anggap ku tak ada
Tapi takkan merubah perasaanku
Kepadamu

Kuyakin pasti suatu saat
Semua kan terjadi
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada

Kau boleh jauhi diriku

Namun kupercaya
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka
Untuk masa lalu

semalam. 15/9/09

hellow fellow friends, semalam adalah hari yang dirancang untuk berbuka puasa bersama-sama rakan kelas masa diploma, perancangan dicetuskan oleh syapiq+cik nurul...pada hari ahad... lepas tu pada hari isnin memang agak gila nak setting tempat dan restoran nk makan. Bincang punye bincang serta bertukar2 idea, dan dipersetujui buka kat c.h.i.c.k.e.n h.a.r.z sunway pyramid.. tapi confirm buat kat citu pada hari selasa, so mintak cik burul call kan untuk booking tempat.. tapi dah penuh, so gamble jek la, kalu ade org booking tp xdtg ontime kitorg sapu la meja mereka.. tp malangnye xde.. pada hari tu... akunye berdoa la agar petang tak hujan, sebab kalau hujan memang aku xdapat menghadirkan diri la sebab orang naik scooter kan. hujan pasti lepak dibawah jambatan..

Pukul 5 tepat aku dah gerak kesana agar sempat sampai untuk try cari meja di rastoran terbabit. Dengan tak dapat memikirkan secara warasnya aku terus naik highway duke sambung pulak high way utara selatan keluar kat subang. Sampai subang jalan dah jem dah.. lepas tu gunakan kecekapan dan fokus yang tinggi agar tidak accidnt sebab nak sampai cepat dan selamat kan. Tapi sesungguhnya jauh gile rupanya ampang ke sunway... hahaha.. tapi takpe dengan harapan berbaloi la bukak puasa tersebut..

Sampai sana dalam 6.15 ptg. Syapiq dah sampai.. ok try2 tanye dh penuh rastoran terbabit..
kiteorang mengambil keputusan untuk ronda dan mencari tempat yang tenang serta luas agar boleh bersembang dengan tenangnya.. dapat la 1 kedai nama nya burgerking.. ok la bukan la nk makan sangat2.. tapi nak jumpa kawan2 je.. tunggu2.. fifi sampai.. lepas tu kril ngan ana sampai.. lepas tu nik sampai. pastu dah waktu berbuka.. kiorang pun makan la.. sambil sembang2.. pastu syakim dan aweknye sampai.. lepak2. sampai 8.30, kitorng pun bergerak la pulang...

sampai rumah agak penat sampai ke hari ini la sebab rasa macam pusing jauh2. ahahaha.. ok la dapat jumpa kawan2.. kecuali cik nurul, kerana mungkin beliau menghadapai masalah transport last minit..

ok la kawan2.. chow.

Sunday, September 13, 2009

kejadian pada hari ahad..

Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang ku cari selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku...


Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...


hello fellow friends, hari ni bangun pagi2... aku terus ke pc dan on pc la kn, sbb pagi2 sape nk pakai pc, so on2.. seperti biase aku akan bukak blogspot "kawan2".. heeem.. xbnyk yang update... lepas tu gile lama xbukak myspace.. belongok2 msg n comment dari kawan2.. setelah reply2.. aku pun bukak la friendster pulak.. xde benda plak dh. hahaha.. bukak pulak facebook.. lantas aku terus check2 la ape2 yg telah dihantar... lepas tu aku masuk page 1 org nih... lihat2 semua2 pada page die... tiba2 aku perasan 1 benda telah berubah kat page die yang berkaitan dengan kehiduapan beliau, sungguh ku rasa benggang dan tertipu... kan senang kalu anda jujur jek. xperlu selindung2 lagi... buat orang rase mcm ape benda la ko ni kn...
Kepada individu yang sebaliknya, bersukur lah dan gunakan la peluang anda sebaik mungkin, bersyukur lah anda mampu mengajak beliau pergi keluar, duduk makan sekali, berbual dengan beliau, SMS anda beliau balas dengan ikhlasnya dan sudinya...(kenape aku sangat gunakan pekataan SUDI?? sebab beliau yang mengajar aku perkataan SUDI!!!) sementara hatinya belum berubah dan beliau masih sudi untuk menjadi teman anda kerana apabila berlaku sesuatu yang menyebabkan hatinye berubah, nikmat itu anda tidak akan rasa lagi..
dah lepas tu jam telah menunjukan pukul 11.30 pagi.
Aku pun siap2.. dan terus ke universiti sebab hari ni ade pendaftran sem baru... pendaftaran=bayar yuran.. adeh sungguh ku menjadi miskin apabila perlu membayar Rm730 minimun..(memang minimun jek la aku byr). Dah la nak raya, kepada adik2 ku.. abg telah kehabisan semua duit. Jadi duit raya bagi time raya haji ye.. boleh ye??? buat anak Buah yang pertama, insyallah uncle fali boleh bagi.. sebab 50sen jek.. xde masalah. ehhehe...
Ha!!! aku jugak dah berjaya membayar zakat!! (tahun lpas pun bayar sendiri jugak)tapi tahun ni lain skit. Sangat susah aku nak jumpa amil yang mengutip zakat fitrah ni, merata2 tempat aku cari.. last2 semalam jumpa jugak amil terbabit disebelah sebuah bank... tak buang mase lantas aku bayar sambil senyum.. lepas 1 tanggung jawab.. Alhamdullilah..
esok mulakan kerja dengan hati yang tenang walaupun kekeringan. hehehehe..
p/s: Dua rangkap lirik terbabit hanya hiasan. =P

Wednesday, September 9, 2009

09/09/09

waaaaaaaaa... ini hari... number manyak ong munye..jadi i charge u RM2 saje untuk ini nut.. ayoo mcm ayat baik nye cilok... hehehe.. itu lah aku dengar dari sorang tokey kedai moto yang aku singgah pagi tadi. hehehe.. ade ke patut nut exhaust dari engin aku hilang!!! langsung ah scooter ku bunyi seperti motorbot.. gile segan orang lalu siap pandang lama2 sebab bunyi kuat sangat2, hehehehehhe..

Tapi itu lah terjadi pada pagi ini... tarikh memang cantik.. kalu buat tarikh kawin ke nikah ke.. sure boleh ingat sampai bile2 sebab mcm number talifon kecemasan. hehehe..

Tarikh2 macam ni jugak sesuai kalu bos2 nak kasi bonus tau sebenarnye, ini kerana apabila number baik+keseronokkan pekerja=peningkatan prestasi(pandai2 jek aku buat kesimpulan melampau)
hahahah...

tapi itu la yg terbaik sepatutnye.. (-_-).. but belum habis lagi hari ni.. jadi perlu tunggu dan lihat apa akan jadi sehari ini. hehehehe

ok chow.
=)

Tuesday, September 8, 2009

MENJADI BAPAK SUSUAN =)

THE SIMPSON.... ;-P (budak bulat)


MULA2 KASI BABY MINUM KENYANG2..




BABY SEDANG MENIKMATI SUSU IBU (-_-) (IBUNYE YE)


SELEPAS BAGI MINUM, KENE TEPUK2 GOSOK2 BElaKANG NYE BAGI DIA BRUUUKK...(SENDAWA)

LEPAS TU MASUKKAN DALAM KATIL SAMBIL BERIKAN LAMBAIAN KASIH SAYANG


DAH SIAP...YEPPYYY!!!! BABY DAH TIDO..




hellow fellow friends, last week 1 budak BULAT telah datang rumah... yeppy.. AISY datang bersama2 abang(bpk bdk bulat) serta kak ateen(mak budak bulat).. hehehe (-_-). Setelah berumur 40 hari= duit raya baru 40 sen budak bulat telah berkunjung kerumah uncle fali=rumah mkbpk la blom ade rumah sendiri. ehehe..


so berpeluang menjadi bapak susuan+bapak mithali+bapak bertanggunagjawab serta penuh kasih sayang. ehehe... menolong jaga si budak bulat selama beberapa hari., sangat seronok sebab rumah tu dah lama xdengar baby menangis, so kali ni bile ade budak menangis.. mcm.. waaaaaaaaa... and2... bau budak bulat tersebut(afta mandi) sangat sedap.. heheheh...

sebab sebelum mandi Aisy die pakai pampers yang ade pupu pocket.. so boleh simpan "bau"..

(-0-) jadi kene mandi dulu.. hehehe.. baru boleh dodoi dengan happynye.. hehehe.. ok la best menjadi bapak susuan untuk minggu ni.. hehe..

ok chow.

=)

Friday, September 4, 2009

???????



hellow fellow friends, tajuk kita kali ni anak-anak.. (-_-) adelah cheating!!!.. pekataan yang kita semua sangat benci... saya pasti semua diantara kita yang hidup pernah melaluinya, berbagai jenis cheating didalam dunia ini, dari duit, perasaan hingga bab yg sekecil2 kuman. pernah jugak tak anda rasa ditikam dari belakang??? selalu kan??? kadang2 anda juga dicari apabila diperlukan, apabila xdiperlukan anda dilupakan.. semua ini terjadi di dunia ini... donia2.. hahaha... aku xtau nk ckp g.. ckp la membebel secara rawak ni... dah merepek rasanye.. tp.. ini semua benar.

ok chow.

Tuesday, September 1, 2009

Kosong.




hello fellow friends, sejak kebelakangan ni.. rase hidup ni sangat kosong, empty soul ape sume cukup. keseronokkan raya pun xde rase, bukak puasa pun makan sangat ala kadar, pergi kerja pun hanya kerja.. xtau kenape.. mungkin banyak sangat masa lapang kot sampai sempat rasa jiwa ni kosong.. aghrhhhhhhhhhhhhh.. stress.. sebab apa pun xtau.. heeem... xpe.. anyway selamat menyambut merdeka yang ke 52. peace out.

Monday, August 24, 2009

Rezeki Hari2mau


hello fellow friends, diatas adalah pic makanan berbuka puasa pada hari ke2!!!!! bagi saya sangat banyak.. diatas pic tersebut kalu anda perhatikan terdapat 3 jenis karipap. hahaha... tp sume kureng.. tepung tebal la... inti masin la... heeem.. ape yang istimewa kuih2 diatas ialah... kuih2 tersebut diimport dari tangkak johor. ini semua terjadi apabila mkbpk serta abang pergi sana untuk hantar adik perempuan saya balik ke metrix die. kalu korang nak tau, kuih sana masih boleh dapat 4 seringgit ok... kat sini dah 40sen 1 ye dik.. so sana murah2.. hehehe..

Hari ni bersamaan 24/8/09 adalah hari terakhir exam untuk sem ni.. yeppy dah boleh start pikir pasal raya dah. haahaha.. so cuti la hari ni.. alright guys. sampai sini dahulu. chowsin chee..
*lagu seloka hari raya sangat seronok dan meriah saya dah start dengar sehari sebelum puasa.
;-P

Friday, August 21, 2009

S.E.L.A.M.AT B.E.R.P.U.A.S.A


Selamat hari raya.. hari yang kite sume tunggu...hahahahha ape yang aku merepek sekali lagi kawan2??? hehehe..
hellow fellow friends... esok umat islam diseluruh negara akan Start menunaikan ibadah puasa.. yeppy... saya suka bulan puase sebab.. lepas puasa raya.. hahaha.. (suke time dulu2 jek la skang mcm biasa dah sebab dah kena bagi duit raya) heeem.. harapan saya puasa tahun ni best macam tahun-tahun lepas punya puasa, tahun lepas punya puasa sangat best..sangat "bahagia".. tapi ade dalam lagu ape ntah bunyi die mcm ni.. saat bahagia.. datang sekali sahaja... sambil ronggeng2 skit... hahah (omg noooo xkn sekali sahaja???).. hahah..
menu kegemaran syaa dibulan puasa ialah.. emm.. buah tamar ;-p , karipap mesti.. makcik2 kat luar sana yang xreti buat kuih tersebut.. sila jangan cuba2 menjual... kecewo den ni ha bilo geget kuih tersobuit!!!!T_T..hehehe..
memory tahun lepas masih banyak dikepala.. sangat bahagia.. heeem.. teringat tahun lepas.. lepas sahur jek, baru nak iron baju pi kerja.. hahaha.. sambil perot bernyanyi2 lagu no air??? hahaha ... ape yang aku membebel pun xtau..tugas saya semasa bulan puasa..waktu sahur.. kejut semua orang bangun tido temasuk kejutkan mak bangun(nampak sangat bangun paling awal) hahaha.., panaskan lauk untuk dimakan semasa sahur.. waktu berbuka puasa pulak.. tugas saya ialah.. bancuh air.. hehehe.. pandai bancuh air ok sy nih.. (poyo skit) hehehe...
tapi apa2 pun saya mengucapkan(suara macam dalam tv konon2 penaja) selamat berpuasa kepada seluruh umat islam, sahabat2, kawan2, Yg di"kasihi", yg di "sayangi" hehe.. selamat berpuasa.. jangan puasa yang yok pagi2 bukak periuk sudah...
*tahun ni kena bagi duit raya kat aisy ke??? die baru berape bulan??? emm mungkin die akan dapat berape posen jek kot.. sebab budak2 kecik xboleh pegang duit banyak2.. ehhehe

Thursday, August 13, 2009

move on.

hellow fellow friends, today tajuk kita ialah MOVE ON ye anak-anak sekalian. hehehe..

move on atau bahasa lainnya, meneruskan kehidupan la.. ini kerana sesuatu yang terjadi tetap akan terjadi, jadi setiap antara kita perlu meneruskan kehidupan walau kite xboleh nak over benda tersebut,memang kita nak menyatakan ingin selalu bersama atau WITH YOU tapi.....bukan semua benda didunia akan menjadi milik kita.


Semua manusia mesti pernah rasa CINTA INI MEMBUNUHKU kn?? hehehhe... itu la kehidupan,(atau cerita sebenarnya lagu terbabit yg terjadi kepada vocalis kumpulan terbabit yang die hanya bertepuk sebelah tangan lalu ditulis lagu terbabit).. ape aku merapu pun aku xtau..hehehe...dan adekalanya bila AYAT-AYAT CINTA kita xmenjadi mula start rasa dunia ni seperti NO AIR, walhal dunia ini sangat luas dan dipenuhi udara..

Tapi apabila mental kita telah di set untuk suka dan sayang induvidu terbabit,dan bila kita perlu move on.. ia seakan2 menyedut lemak dari badan, hahahah.. kesakitan nye adalah lama dan adakalanya mampu membunuh kita disebabkan tekanan yang melanda diri semasa proses tersebut.

tapi kebanyakkan orang akan cakap.. ala ko lupakan jek, ko kena terus kan kehidupan... memang-memang, aku jugak tak sangsi dan tak menyatakan tindakan tersebut salah.. tapi... bukan mudah... sebab bak kata rossa KASIH BUKAN SEKADAR CINTA kerana ia bermacam-macam perasaan yang bercampur dan bergaul sehingga sebati. jadi apabila nak diasingkan, bukan mudah kn??? contohnya seperti anda mengasingkan bijik cili dalam sambal nasi lemak. ha!! mcm tu la payah nye sehingga anda terus mkn ngann bijik2 cili sekali kan??... and u will say HALO ia bukan sesuatu yang senang... hehehe...

walaupun kita dah TRY TRY TRY ia tetap tidak berhasil......

p/s; Entry ini ditulis semasa sakit kepala dan boring xtau nak buat apa kat office. hahahah.....

Wednesday, August 12, 2009

S.E.T.E.M



hellow fellow friends, yeppy smalam aku dh pi tengok 1 filem komedi yang agak menarik serta kelakar. Menceritakan pasal 1 setem yang sangat limited yang mana ade 1 jek dalam dunia serta harganya menjangkau 4 juta usd. waaaaaa.. so ade beberapa kumpulan yang telah plan nak mencuri setem terbabit..hehehe.. sambungan sila tengok sendiri.."HANG SUKA IKAN?" hahaha... owh yes. saya suke cerita comedy sebab bagus untuk hilang kan stress that y every morning b4 pergi kerja sure akan layan cerita comedy. hehe... enjoy ok..

ayat terakhir buat masa ini. Cinta bagaikan kupu-kupu, digenggam kuat-kuat ia mati, digenggam terlampau pelahan pulak die akan terbang dan terlepas. pikir2kan la ye wahai pembaca.

=)

Tuesday, August 11, 2009

P.E.P.E.R.I.K.S.A.AN A.N.D.A D.P.T N.O B.P?

Bangunan yang dinamakan perpustakaan

dewan belum dibuka, semua lepak luar

lobby yg agak best.


rakan2 seperjuangan + study group sorang g mamat xde pi toilet.


hellow fellow friends, hari ni hilang skit stress dikepala otak aku, setelah berjaya menjawab satu subjek iaitu managment yang sangat susah sebab banyk yang perlu diingat.. tapi aku berjaya menempuhi nya dengan penuh senyuman.. hahaha..x rugi buat study group yang banyak(mase dip xpernah pun aku buat study group) hahha...
tapi sumpah stressfull sebelum habis exam terbabit. dengan last minit baru dapat tau tempat exam adelah di UNITEN bangi!!!! gile jauh.. tau exam kt situ pada pukul 9 mlm, dan exam esok pagi tu pukul 9 pagi.. gile stress ngan xtau kat mana tempat terbabit, xpernah pg langsung kan... esok pagi tu, pukul 6.15 pagi dah kuar sebab takut jem area cheras ngan pandan. so nasib xjem. pukul 7.15 pagi sampai. jumpa kawan2 sekepala(study group) lepak sambil selak2 buku... sambil selak2 buku mereka dok tanya2 soalan, sy lagi jd stress.. tapi syukur.. sy berjaya menjawab soalan terbabit ngan jaya nya... owh yesssssssssss...,... hehehe.. lepas ni next 24/8/09 exam lagi kt uniten, dah la puasa time tu.. adeh... heeem..

p/s: pic sy xde sbb mereka mereka sume dok sebok study untuk ready kn, so xboleh bergambo.





Thursday, August 6, 2009

S.O D.I.F.F.I.C.U.L.T


1) I hope, one day YOU can stand on your own.
2) Don't be so defensive, otherwise you gone a left behind.
3) Always put in your mind, you also are not perfect.
4)Anda yang bermasalah,bukan orang lain. believe me!!!!

because
one day,u might lose the person most care about you and your family.

till now, GOOD BYE.

Tuesday, August 4, 2009

S.W.I.N.G


hellow fellow friends.. owh yes... sekarang sedang berkecamuk, ngan semak esok exam... heeem... pening2... and today my mood swing semacam bila ptg muncul.. rase macam... swing la.. berhayun2 sume ada.. but kena focus untuk jawab soalan... but agak terjejas fokus terbabit.. mungkin ada buat salah ngan org lain.. mungkin jugak sebab ditimpa perasaan sendiri?????

**anyway hope esok dapat betulkan keadaan if individu terbabit bagi chance. I only ask for a small chance kepada individu terbabit.pls...

orite wish me luck. adios.

Sunday, August 2, 2009

New baby pic 2/8/09

Baby belajar buat muncung sambil UUUUUUsenyum2..







kedua2 pic diatas nampak aku mcm besar sangat kn?? sbb baby kecik lagi sbrnye.. =P

tok maminye.. muhahahha..
hello fellow friends, ahad aku pi rumah makmertua abang aku sebab mereka buat kenduri doa selamat masuk rumah baru dan kakak ipar aku bersalin serta menyambut puasa.. so aku berpeluang bergambar dengan baby berusia 5 hari ini.. hehehe..
p/s: bau baby berkenaan sangat best ok.. sangat baby.... heheh.. and ada ke gadis boleh berbau bau baby?? kalu ade, aku masuk meminang ok. hahahhaa.. sebab sangat sedap bau nye.. eceh.. hahahhaha.. just kidding.. orite chow..
=)